Selasa, 27 Ogos 2013

MAJLIS RAMAH MESRA DAN DIALOG SBM KELANTAN BERSAMA MIM OKU MALAYSIA

Pada hari Sabtu 17 Ogos 2013  telah diadakan majlis ramah mesra dan dialog antara barisan kepimpinan dan ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Kelantan bersama pimpinan dan ahli rombongan  Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia). Majlis ramah mesra diadakan di dewan pejabat SBM Kelantan  yang terletak di no. 326 Jalan Bekelam, Jelawat Bachok Kelantan. Seramai 16 orang ahli rombongan MIM OKU Malaysia yang diketuai oleh Dr. Mohd. Nawi Ismail selaku presiden, diikuti Puan Azimah selaku setiausaha, En. Mohd. Zamri  selaku bendahari, En. Nor Azmi exco ekonomi & kewangan, En. Drawi pemeriksa kira-kira I dan 12 orang ahli MIM OKU Malaysia turut serta pada majlis tersebut. Manakala SBM Kelantan pula dihadiri  oleh hampir  80 ahli dan  AJK Pengurusan  bagi sesi 2013  yang di ketuai oleh pengerusinnya, En. Abdul Latif bin Mat Hussin dan mantan pengerusi SBM Kelantan En. Darus.

Majlis ramah mesra dan dialog yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari dimulakan dengan ucapan pengerusi SBM Kelantan yang kemudiannya diikuti ucapan timbal balas oleh Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi dialog antara ahli-ahli  dan kepimpinan SMB Kelantan bersama Presiden MIM OKU Malaysia dan exco-exconya.
Dalam ucapannya, pengerusi SBM Kelantan   menjelaskan, pertubuhan itu ditubuhkan pada awal 1980an dan ia bernaung dibawah SMB kebangsaan yang berpejabat di Kuala Lumpur. Sehingga 2013 SBM Kelantan mempunyai keahlian  seramai 150 orang yang terdiri daripada ahli tetap (Oku penglihatan) dan ahli bersekutu/simpatisan (tidak cacat penglihatan tetapi cacat dalam kategori lain serta ahli keluarga keahlian tetap). SBM Malaysia diperingkat pusat pula mempunyai keahlian keseluruhan melebih 5000 orang.
Dr. Mohd. Nawi selaku presiden MIM OKU Malaysia di dalam ucapa balasnnya menyatakan, MIM OKU sebagai sebuah pertubuhan NGO Oku diperingkat kebangsaan mempunyai matlamat membangunkan  modal insan OKU di seluruh negara melalui aktiviti kemasyarakan termasuklah OKU penglihatan dengan berusaha membudayakan gerak kerja terbaik berbentuk profesional, kemasyarakatan dan petriotik berteraskan ilmu dan pendidikan sebagaimana dituntut oleh agama Islam. MIM OKU Malaysia menyediakan khidmat yang sesuai kepada institusi-institusi dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti ilmiah seperti seminar, bengkel dan lain-lain. Menurut Dr. Mohd. Nawi lagi MIM OKU Malaysia kini mencapai 500 orang ahli berdaftar dari seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak, yang terdirii daripada OKU pelbagai kategori dengan latar belakang pendidikan  diperingkat SPM hinggalah  Doktor Falsafah (PhD.). Jumlah keahlian juga makin bertambah dari semasa ke semasa. MIM OKU Malaysia  sentiasa beriltizam untuk membantu kebajikan ahli-ahli dan warga OKU, terutama dalam mempertingkatkan bidang pendidikan serta secara agresif akan bertindak sebagai salah sebuah katalis komuniti OKU yang berdaya maju diperingkat nasional dan juga antarabangsa.

Menerusi sesi dialog yang diadakan beberapa permasaalahan yang dihadapi oleh warga OKU di negeri kelantan telah dapat dikenalpasti bersama khususnya yang berkaitan pendidikan, peluang-peluang pekerjaan dalam usaha mempertingkatkan ekonomi keluarga OKU, bentuk-bentuk bantuan yang telah disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga pihak swasta untuk golongan OKU yang semestinya dapat dimanfaatkan oleh golongan istimewa tersebut. Hasil daripada diolog yang diadakan SBM Kelantan dan MIM OKU Malaysia bersetuju untuk menjalinkan kerejasama yang erat dengan mengadakan program dan aktiviti bersama yang berbentuk pembangunan modal insan OKU di seluruh negeri Kelantan.  MIM OKU Malaysia turut memberi sumbangan RM 200 kepada SBM Kelantan bagi menjayakan program majlis ramah mesra dan diolog tersebut. Majlis diakhiri dengan  sesi penyampaian cenderahati oleh pengerusi SBM Kelantan kepada Presiden MIM OKU Malaysia dan makan tengahari.

Gambar-gambar di sekitar program 
 Presiden MIM OKU Malaysia (pertama dari kiri) bersama Pengerusi SMB Kelantan En. Abdul Latif Mat Hussin dan mantan pengerusi, En. Darus (kedua dan ketiga dari kiri)  pada majlis ramah mesra dan dialog
 Pengerusi SBM Kelantan (kanan) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Presiden MIM OKU Malaysia (kiri)
 Dua orang ahli SBM Kelantan dan SBM Johor mempersembahkan nashid dan dikir barat motivasi.

 Pengerusi majlis sedang mengendalikan majlis ramah mesra dan dialog

Sebahagian peserta pada majlis ramah mesra dan dialog SBM Kelantan dan MIM OKU Malaysia