PENGENALAN MIM OKU MALAYSIA

PENGENALAN   


 
Pertubuhan ini merupakan sebuah pertubuhan NGO diperingkat kebangsaan yang dikenali dengan nama MAJLIS INTELEKTUAL MELAYU ORANG KURANG UPAYA (OKU) MALAYSIA atau ringkasnya (MIM OKU MALAYSIA). No. Pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) 5230-11-KEL, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Aras 2&3, Blok B, Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, 62050, Putrajaya.


Tempat urusan Pertubuhan ini ialah: Dr. Mohd. Nawi Bin Haji Ismail, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, UMK Kampus Bachok, Beg Berkunci No.01, 16300 Bachok Kelantan. Alamat surat menyurat:  Lot. 321 Bukit Tanah Selising 16810 Pasir Puteh Kelantan.             
                       

 KETERANGAN LOGO

(a)   Bentuk bulatan melambangkan kesatuan dan dasar pertubuhan MIM OKU MALAYSIA sentiasa membuka keahlian kepada mereka yang berminat untuk sama-sama memajukan pertubuhan ini.

(b)    Separa bulatan pertama bahagian atas logo berwarna merah, melambangkan keberanian pertubuhan MIM OKU MALAYSIA dalam membuat atau menerima perubahan dan melambangkan keaslian perjuangan.
 
(c)   Separa bulatan kedua bahagian bawah logo berwarna biru, melambangkan komited dan berwawasan sebagai pertubuhan MIM OKU MALAYSIA yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa.

(d)    Bintang berbucu lapan berwarna kuning di tengah-tengah bulatan, melambangkan kemurnian, keikhlasan dan berinisiatif selari dengan inspirasi  membela masyarakat dengan menjunjung Islam Agama rasmi negara dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

(e)   Lembaga OKU  berkerusi roda memakai jubah akademik  berwarna emas tua dan bertopi akademik berwarna hitam di bahagian tengah logo, melambangkan integriti yang tinggi yang menjadi amalan pertubuhan MIM OKU MALAYSIA dalam memartabatkan golongan OKU dengan nilai-nilai intelektualisme yang tinggi dan gemilang.

(f)    Perkataan Profesional, Progresif, Takwa berwarna putih dipisahkan oleh dua bintang di bahagian atas dalam bulatan, melelambangkan keluhuran budi pekerti saf pimpinan dan ahli-ahli pertubuhan ini dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang cemerlang secara profesional dan progresif dengan mengharapkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

(g)    Perkataan MIM OKU MALAYSIA warna merah berbentuk melengkung di bawah bulatan adalah ringkasan dari Pertubuhan Majlis Intelektual Melayu OKU Malaysia. Warna merah pada perkataan tersebut melambangkan serba boleh dan berani dalam mara kehadapan untuk meneruskan perjuangan secara kolektif.

ASAS & TUJUAN

MIM OKU MALAYSIA adalah sebuah pertubuhan NGO yang berjuang      mendukung cita-cita memartabatkan maruah golongan OKU  Melayu/Bumiputera demi agama, bangsa dan negara;
(1)  Menggabungkan komuniti Profesional OKU Melayu/Bumiputera Islam daripada pelbagai disiplin dan bidang kerjaya bersama-sama dalam membangunkan negara dan menangani cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara.

(2)  Membudayakan gerak kerja terbaik berbentuk profesional, kemasyarakatan dan petriotik berdasarkan lunas-lunas Islam dengan menyediakan khidmat yang sesuai kepada institusi-institusi dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti.

(3) Menjamin membantu kebajikan ahli-ahli terutama dalam mempertingkatkan bidang pendidikan serta secara agresif akan bertindak sebagai salah sebuah katalis komuniti OKU yang berdaya maju. 

(4) Menyokong segala usaha dan dasar Kerajaan Malaysia bagi membangunkan negara ini sebaik-baiknya secara membantu dan menolong semua rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan khasnya bagi  orang kelainan upaya.

(5) Mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal serta kedaulatan Institusi Raja Melayu Beperlembagaan.

KEAHLIAN MIM OKU MALAYSIA
Keahlian MIM OKU MALAYSIA terbuka kepada semua warganegara Malaysia berbangsa   Melayu/Bumiputera Islam yang tinggal di Malaysia atau  berasal dari Malaysia tanpa mengira jantina yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

Terdapat dua kategori keahlian:

1.  Ahli Biasa
Ahli Biasa ialah mereka yang tergolong dalam golongan kelainan upaya/cacat sama ada cacat anggota, penglihatan, pendengaran, percakapan, bisu  atau lain-lain yang layak dikategorikan kelainan upaya dan berkelulusan akademik diperingkat Diploma, BA, MA dan Ph.D.

2.   Ahli Bersekutu
Ahli Bersekutu ialah mereka yang cacat (berkelulusan akademik peringkat  PMR, SPM dan STPM)/tidak cacat dari kalangan ahli keluarga Orang Kelainan Upaya (berstatus Ahli Biasa) yang terdekat yang masih bersama atau masih hidup iaitu anak/isteri/suami/ibu/ayah/adik beradik yang berkelulusan akademik diperingkat Dioploma,  BA, MA dan PhD dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa adalah termasuk dalam kategori ahli bersekutu iaitu sahabat yang menyokong Pertubuhan.

Yuran Keahlian
Yuran pendaftaran ahli baru (ahli biasa & ahli bersekutu) : RM 1.00.
Yuran tahunan (ahli biasa & ahli bersekutu) :  RM 1.00.