ARKIB - BERITA DI AKHBAR





Bajet 2015: Bajet Mesra OKU
Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 2:30 AM



PETALING JAYA: Golongan Kurang Upaya (OKU) di negara ini menyifatkan Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat sebagai 'Bajet Mesra OKU'. 
Presiden Majlis Intelektual Melayu (MIM) Orang Kurang Upaya Malaysia, Dr Mohd Nawi Ismail berkata kerajaan dilihat semakin prihatin terhadap nasib golongan OKU di negara ini.
"Bajet kali ini lebih prihatin kepada golongan OKU.Nampak kerajaan tidak meminggirkan OKU dengan menaikkan elaun OKU daripada RM300 kepada RM350.
"Disamping memberikan cuti selama setahun kepada ibu yang mempunyai anak OKU. Ini satu bajet yang prihatin terutamanya kepada OKU dan keluarga OKU,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Sementaraitu, Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (PERMATA) Suhairi Abdullah berharap agar kuota pekerja OKU di sektor awam dan swasta dapat ditambah.
"Ramai OKU pada hari ini hanya cacat anggota dan mereka ini terdiri daripada golongan bijak pandai. Justeru kita berharap kuota pekerja OKU di sektor awam dan swasta harus ditambah mengikut peredaran semasa.
"Mereka ini mempunyai kepakaran yang sama dengan individu normal malah ada juga yang mempunyai kepakaran hingga mempunyai taraf pendidikan hingga ke doctor falsafah,” katanya.
Beliau turut menyambut baik usaha kerajaan memberikan cuti tahunan selama setahun kepada ibu penjawat awam yang mempunyai anak kurang upaya. 
"Ini satu bonus kepada keluarga OKU, kerajaan semakin prihatin kepada masalah OKU kerana mereka ini sebahagian daripada masyarkat.Cuti yang diberikan ini sangat bermakna kepada keluarga OKU," katanya. 
Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikan daripada RM300 kepada RM350 manakala OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
Kerajaan turut mengumumkan pelepasan cukai bagi setiap anak OKU dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 serta peningkatan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada RM500,000  RM1 juta. 


DALAM NEGERI

ARKIB : 10/10/2014

Majlis Intelektual Melayu harap Belanjawan 2015 mesra OKU

KOTA BHARU 9 Okt – Belanjawan 2015 yang akan dibentang esok diharap meneruskan agenda memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) dengan penekanan utama kepada tiga aspek iaitu pendidikan, peluang pekerjaan dan bantuan kewangan.
Presiden Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia, Dr MOhd Nawi Ismail berkata, golongan tersebut yang kini berjumlah lebih dua juta orang mampu memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan jika transformasi menyeluruh dilakukan.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata, kerajaan harus serius membanttu ibu bapa memberi pendidikan sempurna kepada anak OKU bermula daripada pra sekolah sehingga universiti.
“Saya percaya dengan kemampuan ekonomi negara sekarang adalah tidak mustahil untuk kita menyediakan pendidikan percuma kepada golongann OKU.
“Pengecualian yuran pengajian daripada peringkat rendah menenah sehinggga ke tahap sarjana dan doktor falsafah akan memberi dorongan kepada transformasi diri dan hidup yang lebih cemerlang.
“MIM OKU sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjunjung ilmu dan pendidikan yakin usaha kerajaan dalam mmperkasakan sistem pendidikan negara juga harus melibatkan peluang meluas kepada OKU,” katanya kepada Utusann Malaysia di sini hari ini.
Mohd Nawi berkata, peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan kelayakan  akademik golongan OKU juga mesti diberi perhatian kerana semakin ramai daripada mereka yang mempunyai pencapaian setanding dengan golongan normal.
Justeru katanya, dasar kuota satu peratus perjawatan dalam perkhidmatan awam untuk golongan OKU sudah tidak relevan dan haruslah dinaikkan kepada dua hingga tiga peratus supaya bakat dan keupayaan mereka tidak disia-siakan.
“Pasaran kerja samada di sektor awam ataupun swassta tidak harus melihat kecacatan OKU sebagai kelemahan tetapi kepakaran dan sikap profesional mereka yang harus menjadi tumpuan,” katanya.
Dalam masa sama, Nawi juga mahu elaun kepada warga OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditambah berikutan peningkatan kos sara hidup.
“Kami mencadangkan bantuan kewangan sara hidup yang kini berjumlah antara RM150 hingga RM450 sebulan ditambah kepada RM900 bagi memenuhi keperluan kehidupan seperti makanan, kediaman dan keperluan kehidupan yang lain,: katanya.
Artikel penuh:




BERITA HARIAN  1/4/2014


Christine Lee 


CHRISTINE LEE KONGSI KESUKARAN KETIKA ALAM PERSEKOLAHAN, KEPAYAHAN MEMASUKI DUNIA PEKERJAAN

Bukan  mudah menjadi orang kurangupaya (OKU), tambahan masyarakat hari ini masih memandang rendah keupayaan mereka hingga tidak diberikan peluang mendapat pekerjaan meskipun memiliki kelulusan setimpal, dek kerana hanya kekurangan fizikalnya.

Mungkin bukan semua orang memandang rendah OKU dan masih ada juga majikan atau syarikat swasta yang menerima mereka bekerja. Sebilangan OKU juga mampu mempamerkan keupayaannya setanding insan normal.
Cuma, apabila insan OKU ini tidak diberi tempat sewajarnya dalam masyarakat, mereka juga akan cepat sensitif dan berasa terpinggir. Pengalaman dan liku-liku inilah, pernah dilalui ejen pelaburan saham, Christine Lee atau nama sebenarnya Lee Soon Kup yang perlu berkerusi roda ke sana sini, sepanjang hayatnya.


Tidaksekolahsetahun

Christine pernah tidak ke sekolah selama setahun, gara-gara permohonan memasuki Tahun Satu sekolah kebangsaan jenis cina (SKJC) ketika itu ditolak.

Mendiang bapanya adalah insan yang paling hampa kerana hasrat untuk memberi pendidikan sekolah Cina tidak kesampaian, semata-mata keadaan wanita itu lumpuh separuh badan.

Bapanya juga sanggup melakukan apa saja bagi memastikan anak sulung daripada enam beradik itu termasuk mencipta kerusi roda sendiri menggunakan roda di kedai alat pertukangan untuk memudahkan pergerakan di sekolah.
Tidak putus asa, bapanya, kemudian membuat rayuan kepada kementerian, namun Christine masih lagi kurang bernasib baik kerana sekolah rendah itu tidak mempunyai kemudahan khusus untuk pelajar sepertinya.

“Sepanjang waktu persekolahan, saya langsung tidak makan atau minum berikutan tidak berupaya ke tandas menggunakan kerusi roda. Bapa juga seperti insan magis kerana kreatif membina pemegang kayu bagi saya berpaut sepanjang laluan ke kelas.

“Saya bukan hanya tidak ke kantin, saya juga tidak berpeluang ke makmal, perpustakaan dan dunia saya hanya di dalam kelas. Apabila rakan makan aiskrim saya hanya mampu menahan keinginan,” katanya yang enggan berkongsi mengenai umurnya.

Beliau berkata demikian pada sesi forum bertemakan Mencetus Perubahan pada sambutan Hari Wanita yang disempurnakan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, anjuran Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, baru-baruini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Hospital Gleneagles dan Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles, Kuala Lumpur, Datuk Amir Firdaus Abdullah.


Dinafikan hak hadiri temuduga

Aktivis dan wanita cekal itu juga berkongsi kesukarannya menggunakan pengangkutan awam hingga merangsang organisasi terbabit menyediakan akses lebih baik kepada golongan OKU.

Christine yang masih bujang, juga pernah melalui detik sukar untuk mencari pekerjaan, hanya kerana beliau OKU.Beliau berkongsi pengalamannya yang terpaksa berdepan dengan persepsi negatif majikan, malah tidak memberikan peluang untuk meneruskan sesi temudug aapabila tahu beliau adalah insan istimewa.

Bukan sekali dinafikan hak, ditolak sebelum menghadiri temuduga seakan lali kepada mereka yang senasib, namun beliau bertuah kerana temuduga kali ketiga membuahkan hasil.

Christine berkata, kegembiraanmenghadiritemuduga kali pertamasekitartahun 1994, bagaikan direntap apabila bakal majikan mengambil keputusan tidak mahu meneruskan sesi temu kerana beliau insan istimewa.

“Saya masih ingat lagi ketika menerima panggilan (temuduga) itudan sangat teruja. Saya memaklumkan keadaan saya yang berkerusi roda berikutan tidak mahu mereka terkejut apabila melihat saya pada hari temuduga kelak,”  katanya.





BERNAMA 18/11/2013

BATHMAVATHI, PENTERJEMAH OKU ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR

K. Bathmavathi, penterjemah Orang KurangUpaya (OKU) hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Bathmavathi, 59, anggota Majlis Kebangsaan OKU, merupakan penulis dan penterjemah bebas yang dilantik sebagai Senator OKU kedua bagi menggantikan pakar ekonomi cacat penglihatan, Allahyarham Prof. Datuk Dr Ismail Md. Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2009.
Berasal dari Kuala Krau, Pahang, Bathmavathi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dari Universiti Malaya pada 1978 sebelum menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam Pengajian Perpustakaan di UniversitiTeknologi Loughborough, United Kingdom pada 1983 dan seterusnya mengambil Sijil Penterjemahan dari Institut Terjemahan Negara pada 2002.
Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Editor Budiman di Universiti Malaya pada 1978 hingga 1979 dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat dari 1979 hingga 2004. Bathmavathi ketika ditemui pemberita berkata beliau amat berterimakasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengesyorkan dirinya sebagai senator.
"Saya berharap dengan pelantikan ini dapat memberi peluang kepada saya untuk membangkitkan isu-isuberkaitan dengan hak-hak OKU terutamanya dalam memberikan lebih banyak kemudahan infrastruktur di tempat-tempat awam serta bantuan peruntukan kepada golongan ini," katanya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim ketika ditemui pemberita berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Akta OKU 2008, bahawa semua OKU perlu diberi peluang sama rata dalam semua aspek.

Beliau turut melahirkan rasa bangga pelantikan Bathmavathi sebagai senator yang mewakili golongan OKU di Malaysia. - Bernama, 18 November, 2013.



UTUSAN MALAYSIA - ARKIB : 20/05/2013

OKU disaran kuasai ilmu pengetahuan baiki kehidupan
KOTA BHARU 19 Mei - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) disaran menceburkan diri dalam pelbagai bidang terutama ilmu pengetahuan untuk memperbaiki kehidupan mereka bagi menghadapi alaf baharu yang serba mencabar.

Penasihat Kehormat I Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob berkata, golongan tersebut tidak sepatutnya menjadikan kekurangan mereka sebagai alasan untuk tidak berusaha atau berikhtiar memperbaiki diri sendiri.

Beliau yang juga Naib Canselor Quest International University Perak (QIUP) berkata, meskipun mempunyai kekurangan dalam segi fizikal, kebanyakan OKU masih dikurniakan akal yang boleh digarap untuk membina kecemerlangan dalam bidang keilmuan.

Kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) itu, kerajaan sebenarnya telah menyediakan banyak peluang dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan untuk golongan OKU di negara ini bagi meningkatkan kualiti diri mereka.

Bagaimanapun katanya, mereka sendiri perlu bijak merebut peluang yang ada dan memanfaatkannya bagi meningkat dan memperbaiki kehidupan.

"Saya tidak percaya kita yang normal berdiskriminasi terhadap OKU, cuma kadang-kadang apabila orang itu tidak dapat sesuatu, kita rasa kita didiskriminasikan.

"Dalam menghadapi cabaran alaf baharu yang serba mencabar ini, golongan OKU perlu dibimbing dan mereka mesti menceburkan diri dalam usaha-usaha untuk membaiki diri, contohnya mendidik anak-anak supaya pandai dalam pelajaran dan mereka kelak boleh berjaya," ujarnya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Sains Kemanusiaan OKU Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama MIM OKU Malaysia di sebuah hotel di sini, semalam.
© Utusan Melayu (M) Bhd

  

UTUSAN MALAYSIA-ARKIB : 10/11/2012

Kalau sudah jodoh, tidak ke mana...

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

Setiap umat Islam yang menunaikan ibadat haji atau umrah pasti akan berdoa di dalam Masjidil Haram dan menadah tangan di hadapan Kaabah bagi memohon hajat yang terpendam.
Bagi orang bujang, tentulah mereka akan berdoa agar bertemu jodoh yang sesuai.
Begitulah juga pensyarah kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr. Nawi @ Mohd Nawi Ismail, 44, seorang insan istimewa yang tidak pernah membiarkan kekurangan diri sebagai penghalang beliau mencapai cita-cita.

Beliau yang rabun mata kronik akibat masalah selaput mata sejak kecil, selain cacat jari tangan dan mempunyai kaki kiri yang hanya sampai ke paras lutut, amat berharap dikurniakan seorang wanita solehah yang sempurna fizikal sebagai pasangan hidup.

Sebagai hamba Allah yang taat, beliau sedar bahawa doa adalah senjata ampuh orang mukmin. Justeru, tidak hairanlah apabila beliau tekad menunaikan haji pada April 1996 dan kemudian umrah pada Disember tahun yang sama untuk meraih peluang berdoa di hadapan Kaabah.
"Ketika itu, saya sedang mengikuti program pengajian ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin, Akidah dan Falsafah.

"Saya berdoa kepada Allah beberapa perkara, antaranya dipermudahkan semua urusan belajar di Mesir, yang kedua agar saya dapat sambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) di universiti tempatan dan ketiga, mendapat jodoh dengan wanita berpendidikan serta normal fizikalnya.
"Syukur kerana ketiga-ketiga perkara yang saya impikan itu menjadi kenyataan. Kesemuanya saya peroleh satu persatu dalam tempoh 15 tahun selepas bermunajat di hadapan Kaabah," katanya kepada S2.
Anak jati kelahiran Kampung Bukit Tanah, Selising, Pasir Putih ini tamat pengajian ijazah sarjana muda di Mesir pada 1998 serta memperoleh ijazah sarjana dan PhD dalam bidang Usuluddin, Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya pada 2004 dan 2011.

Sebagaimana yang diimpikan Nawi, beliau juga telah menemui belahan jiwa yang melengkapi hidupnya iaitu Azimah Muhamad, 35, wanita lemah lembut berasal dari Kampung Manan, Tendong, Pasir Mas yang sah disunting pada 15 Mac 2002.

Menggemari sup daging dan ayam masakan isterinya, beliau sangat bersyukur kerana Azimah sanggup menerima diri beliau seadanya. Mereka kini dikurniakan enam orang anak iaitu Uthman, 9; Siti Nur Amalin, 8; Siti Nur Amani, 7; Siti Nur Alia, 5; Muawiyah, 3, dan Siti Nur Atikah, satu tahun.

"Saya mula serius mahu mencari pasangan hidup pada 2000 apabila menyedari usia semakin meningkat. Beberapa sahabat yang rapat dengan saya turut membantu seperti mentor saya, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

"Dalam tempoh setahun, saya telah dipertemukan dengan tujuh calon isteri, tetapi kesemuanya tidak menjadi kerana sama ada saya ditolak atau saya menolak.
"Akhirnya calon nombor lapan yang menjadi jodoh saya. Cinta saya dan Azimah adalah cinta selepas kahwin," katanya.

Namun, ada cerita tersendiri di sebalik penyatuan dua jiwa ini. Azimah yang berpendidikan diploma dalam bidang teknologi maklumat (IT) pernah bertugas sebagai guru komputer di sebuah pusat IT di Pasir Mas sekitar penghujung 1990-an.

Wanita berhati mulia ini berpeluang melihat suaminya dari jauh apabila kebetulan bertandang ke tempat kerja Nawi yang ketika itu berkhidmat sebagai penyelidik di sebuah syarikat perisian di Kubang Kerian.
"Saya kagum kerana dia mampu bekerja seperti insan yang sempurna fizikalnya.

"Jadi, apabila seorang pelajar kelas komputer saya, Norhayati yang merupakan isteri kawan baik suami, Lokman Yusuf, memberitahu bahawa 'Ustaz Nawi' mahu berkenalan, saya terus menerima pelawaan itu," katanya.

Nawi pula berkata, biarpun tidak pernah melihat Azimah tetapi beliau yakin dengan 'pilihan' rakannya, Lokman yang memberitahunya bahawa Azimah merupakan seorang wanita beragama yang sesuai dijadikan isteri.

Jelasnya lagi, hubungan mereka bukan seperti pasangan lain kerana mereka tidak pernah keluar dating dan hanya berbual melalui telefon.

"Saya beritahu Azimah, saya serius mahu mengenalinya lebih rapat dan bukan mahu main-main, jadi selepas tiga bulan berhubung melalui telefon, saya nyatakan hasrat mahu merisik dan meminang.
"Namun Azimah pula meminta agar diberikan masa kerana ada ahli keluarganya tidak bersedia menerima saya kerana kecacatan saya.

"Setelah beberapa ketika dan keadaan masih sama, saya beritahu Azimah jika hubungan ini tidak ke mana, lebih baik putuskan saja hubungan dan itulah yang berlaku," katanya.
Namun, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Selepas 'putus' selama enam bulan, Azimah menelefon semula Nawi pada penghujung Disember 2001.

"Hati saya amat berat mengatakan Ustaz Nawi adalah jodoh saya, jadi saya memberanikan diri menelefonnya. Ketika itu beliau beritahu, beliau juga berfikiran serupa tetapi dalam masa sama meminta saya menunaikan solat hajat sebanyak 41 kali memohon Allah menunjukkan jalan.

"Suami juga melakukan solat hajat 41 kali dan selepas kami benar-benar yakin, beliau datang menemui ayah saya, Muhamad Abd. Rahman, 63, dan keluarga pada akhir Januari 2002," katanya yang kini sarat mengandung cahaya mata ketujuh.

Menurut Nawi, ibunya, Wan Som Wan Ahmad, 73, menyuruh beliau pergi berjumpa keluarga isterinya secara sendirian bagi mendapat kepastian bahawa mereka sudah boleh menerima keadaan dirinya.
Jelasnya, pada hari yang amat bersejarah itu, beliau membawa sekotak susu 1.5 liter sebagai buah tangan dan berpeluang melihat wajah bakal isteri secara dekat buat kali pertama.
"Saya masih ingat lagi pada hari berkenaan, hampir kesemua adik-beradik isteri saya ada di rumah, selain ibu bapanya.

"Pertemuan sekitar setengah jam itu berakhir dengan baik apabila ayah Azimah menyatakan dia tidak ada masalah menerima saya dan tidak sampai dua bulan kemudian, Azimah sah menjadi ratu hidup saya," katanya sambil memberitahu isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa sejak awal perkahwinan mereka.

Nawi dan isterinya sentiasa berdoa agar kehidupan mereka sekeluarga diberkati Allah.
© Utusan Melayu (M) Bhd

UTUSAN MALAYSIA- ARKIB : 17/03/2012

Kuota OKU dalam perkhidmatan awam gagal dipenuhi

17/03/2012 4:46pm

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

KOTA BHARU 17 Mac _ Akibat kerenah birokrasi di peringkat pelaksanaan menyaksikan, tidak sampai separuh daripada kuota satu peratus yang dijanjikan dalam perkhidmatan awam untuk orang kurang upaya (OKU) dapat dipenuhi.

Presiden Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail berkata, pelbagai syarat tambahan dikenakan sehingga menyebabkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat untuk turut berkhidmat dalam jabatan kerajaan.

Jelasnya, keadaan itu menunjukkan seolah-olah golongan OKU hanya sekadar dimanipulasi untuk tujuan tertentu apabila janji kuota dibuat pihak kerajaan sedangkan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. "Contohnya di peringkat universiti, ada OKU yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) tidak diberi jawatan tetap atas alasan tidak ada keperluan dan tidak memenuhi syarat menghasilkan penerbitan jurnal berimpak tinggi sedangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui di Seminar Intelektual Muslim dan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Intelektual Melayu (MIM) Orang Kurang Upaya (OKU) Malaysia di sebuah hotel di sini, hari ini. - UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd


  

UTUSAN MALAYSIA-ARKIB : 18/5/2012

Berita Timur

MIM Perlu Sumbangan Bantu OKU Di Kelantan
KOTA BAHARU, 8 Mei (Bernama) -- Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia) memerlukan dana sebanyak RM80,000 bagi menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan OKU di Kelantan.

Presidennya, Dr Mohd Nawi Ismail berkata dana itu bagi membiayai penubuhan koperasi, membina bangunan pejabat, menggaji kerani dan membuka kedai serbaneka.

"Setakat ini, kita baru menggumpul RM2,500 hasil sumbangan yang dilakukan secara bergerak, majlis intelek dan persembahan amal.

"Walaupun sasaran untuk mencapai RM80,000 masih jauh, ia tidak mematahkan semangat kami untuk berusaha mencapainya bagi membela golongan senasib dengan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan aktiviti amal termasuk persembahan wayang kulit bercirikan Islam dan persembahan puisi bercirikan patriotisme di sini, Selasa.

Mohd Nawi berkata pihaknya akan mengadakan lebih banyak aktiviti berbentuk akademik bagi mendedahkan golongan itu ke arah pemikiran lebih terbuka. Mereka yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0355041000018082 (Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia) atau hubungi Mohd Nawi di talian 013-9642547.

-- BERNAMA


SINAR HARIAN

OKU digesa tidak mudah terpengaruh

Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: 19 Mac 2012

KOTA BHARU- Orang kurang upaya (OKU) di negeri ini digesa tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang mahu menggunakan keadaan mereka atas nama hak asasi seperti terlibat demonstrasi jalanan.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob berkata, laungan hak asasi tidak sepatutnya dibuat berlebihan sehingga meminggirkan prinsip keamanan dan juga peraturan yang ditetapkan dalam agama.

“Pada masa ini, tuntutan hak asasi melampaui batas menjadi punca golongan lesbian, gay,biseksual dan transeksual (LGBT) semakin berani menonjolkan orientasi seks mereka dalam masyarakat.

“Walaupun kita OKU, tetapi kita masih ada kelebihan yang dikurniakan iaitu kecerdikan untuk berfikir tentang perkara baik dan buruk,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Seminar Intelektual Muslim dan Mesyurat Agung Tahunan Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia.

Prof Dr Hashim berkata, golongan OKU perlu menggunakan kudrat intelektual yang ada dan mengembangkannya untuk usaha yang memberi manfaat bukan sahaja bagi membantu diri sendiri, tetapi untuk masyarakat umum.

“MIM bukan untuk bersaing dengan persatuan OKU lain, tetapi sebagai pelengkap kerana belum ada lagi persatuan OKU Melayu Islam yang khusus ditubuhkan bagi mendukung prinsip keilmuan, berbanding orang bukan Melayu yang sudah mendahului dengan adanya persatuan mereka sendiri.

“Kita tidak akan terima cara agresif sesetengah OKU yang terpengaruh dengan demonstrasi jalanan untuk menuntut perkara yang tidak dilayan pemerintah, tetapi kami akan melakukannya secara berhemah,” katanya.



SINAR HARIAN

Kerenah birokrasi pinggirkan peluang OKU

Wartawan Sinar Harian
26 Mac 2012

KOTA BHARU- Orang kelainan upaya (OKU) sering dipinggirkan kerana masalah birokrasi menyebabkan hanya satu peratus sahaja di kalangan mereka dijanjikan dalam perkhidmatan awam.

Presiden Majlis Intelektual Melayu (MIM) OKU Malaysia, Dr Mohd Nawi Ismail berkata, mereka masih tidak mendapat tempat untuk turut sama berkhidmat dalam jabatan kerajaan biarpun terdapat banyak syarat tambahan.

“Keadaan ini menunjukkan seolah-olah golongan OKU hanya sekadar dimanipulasikan untuk tujuan tertentu apabila janji kuota dibuat pihak kerajaan, sedangkan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Tidak dinafikan, kerajaan banyak membantu golongan OKU, malah nasib kami sebenarnya jauh lebih baik daripada rakan-rakan di negara membangun lain, namun kerenah birokrasi di peringkat pelaksanaan menyebabkan kuota satu peratus tidak dipenuhi,” katanya semasa berucap pada Seminar Intelektual Muslim dan Mesyuarat Agung Tahunan MIM OKU Malaysia, di sini.

Beliau berkata, kuota itu mesti diatasi agar OKU tidak merasakan diri mereka dimanipulasikan dan dipinggirkan daripada hak yang dinyatakan secara jelas oleh kerajaan.

“Di universiti, ada OKU yang mempunyai kelulusan PhD (doktor falsafah), tetapi tidak diberi jawatan tetap atas alasan tidak ada keperluan dan tidak memenuhi syarat menghasilkan penerbitan jurnal berimpak tinggi, sedangkan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan,” katanya.

Katanya, hasil daripada pelaburan besar kerajaan, bilangan OKU yang berpendidikan sudah semakin ramai dan mereka sepatutnya diberi ruang untuk di arus perdana bagi membangunkan negara.

KOSMO-ARKIB: 4/10/2011

DULU PELAJAR LEMAH TAPI KINI DAPAT PH.D

Dulu buta huruf, kini dapat Ph.D


KUALA LUMPUR – Biarpun tidak mampu menulis dan membaca ketika belajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu namun, ia bukanlah penghalang kepada Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Usuluddin dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) semalam.


Mohd. Nawi, 43, yang merupakan seorang pensyarah mengalami rabun mata dan cacat sebelah kaki sejak dilahirkan mengakui, dia adalah murid lemah ketika itu tetapi anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu mula bangkit ketika berusia 15 tahun.


Dr Mohd Nawi Ismail menerima ciuman daripada anak-anak, sambil diperhatikan oleh isterinya,  Azimah Mohamad. Selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-50 di Kuala Lumpur semalam.




“Apabila melangkah ke sekolah menengah selepas menjalani pembedahan membuang selaput di mata, saya mula berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh Ph.D hari ini (semalam).



“Kejayaan ini juga disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang baik di samping berkat sokongan keluarga dan Universiti Malaya sendiri,” katanya selepas istiadat konvokesyen ke-50 universiti itu di sini semalam.








UTUSAN MALAYSIA-ARKIB: 4/10/2011
Cacat bukan halangan anak petani dapat PhD

KUALA LUMPUR 3 Okt. Cacat anggota badan sejak lahir ditambah dengan masalah selaput mata yang menyukarkan penglihatan ternyata bukan halangan buat anak seorang petani, Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk menuntut ilmu sehingga ke tahap Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Dia yang buta huruf semasa sekolah rendah menanam azam dengan meletakkan sasaran ingin menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.
"Syukur mata saya boleh melihat ketika saya berada di tingkatan tiga, bagaimanapun, terpaksa memakai cermin mata berkanta tebal untuk membantu penglihatan.
"Saya tidak boleh membaca dan menulis ketika bersekolah rendah, namun dengan semangat yang tinggi, saya berusaha keras untuk berjaya dan hari ini saya memperoleh PhD," katanya di sini, hari ini.
Dr. Mohd. Nawi menerima PhD pada sidang pertama istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-50 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.
Seorang lagi orang kurang upaya (OKU) yang menerima PhD pada konvokesyen tersebut ialah Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Nor, 38, graduan berkerusi roda dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial pertama yang lulus di peringkat tersebut.
Meletakkan kekurangan diri sebagai cabaran dalam menuntut ilmu, anak bongsu daripada lapan beradik itu kini berasa lega kerana segala usaha yang dilakukan sepanjang pengajian sejak lebih tiga tahun akhirnya terbalas dengan segulung PhD.
"Selain kekurangan diri, sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi adalah pendorong kuat saya berjaya hingga ke hari ini.
"Walaupun saya berkerusi roda, saya boleh memandu dan ini yang menambah semangat saya untuk bergerak ke mana sahaja dalam usaha mencari ilmu," kata pensyarah bidang Sejarah Pemikiran dari Universiti Sains Malaysia itu. 

SINAR HARIAN 19/5/2013
SINAR HARIAN 15/4/2012BERITA HARIAN  4/10/2011

THE MALAY MAIL 5/8/2004
BERITA HARIAN OGOS 1987