Sabtu, 13 September 2014

MAJLIS PELANCARAN BUKU BIOGRAFI DATO’ PROF. DR. HASHIM  YAACOB OLEH AL SULTAN KELANTAN, KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

Pada 2 September 2013, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya Selangor, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkenan  melancarkan buku  Biografi Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob berjudul, Hashim Yaacob: Mestika Embun Insan Seribu Upaya.
Buku biografi itu ditulis 40 penulis yang terdiri daripada  rakan-rakan, ahli akademik serta bekas pelajar  Dato’ Hashim Yaacob. Antaranya, Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid, Datuk Prof. Dr. Mohd. Ariffin Mohamed, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar, Prof. Dr. Azizah Hamzah, Prof. Datuk Rahman Shaari dan Dr. Mohd. Nawi Ismail.
Wakil pengarang, Prof. Dr. Azizah mengakui tajuk buku tersebut begitu bersesuian dengan keperibadian Prof. Dr. Hashim sendiri.  “Tajuk Mestika Embun Insan Seribu Upaya”  amat bersesuian dengan Prof. Hashim yang merupakan seorang yang berbakat dan tokoh akademik yang berwibawa dan disegani. Sementara itu Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan ketika membaca Persembahan Bicara buku tersebut, beliau mencadangkan agar buku tersebut diterjemahkan kepada bahasa-bahasa dunia.
Sebelum ini, Prof. Hashim pernah menjawat jawatan Naib Canselor ke-8 Universiti Malaya. Anak kelahiran Kelantan ini kini menjawat jawatan Naib Canselor di Quest International Universiti Parak. Beliau juga merupakan Penasihat Kehormat I Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri Dr. Mohd. Nawi Ismail yang merupakan Presiden MIM OKU Malaysia.




(Artikel dibawah ini adalah sebahagian daripada isi kandungan buku Biografi Hashim Yaacob)

DATO’ PROFESOR DR HASHIM YAACOB ILMUAN ISLAM UNGGUL
OLEH DR MOHD NAWI ISMAIL


Amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjwab

Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan individu, kestabilan negara, kehormatan dan roh kepada keadilan. Manakala ikhlas pula adalah bukti keluhuran seseorang peribadi dalam dalam melaksanakan sesuatu tugas dan juga ibadah kepada Allah. Profesor Hashim merupakan seorang insan yang mempunyai sifat amanah dan juga ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan seperti tugas Naib Canselor Universiti Malaya dalam tempoh 2003 hingga 2006.

 Dr. Mohd Nawi bersembah salam dengan DYMM Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Konferens Islam Hadari di Kota Bharu 2004.

Sentiasa bersyukur dan sabar
     Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta dama ada sedikit atau banyak kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT. Di dalam menghadapi cabaran hidup, Profesor Hashim sentiasa mengamalkan sifat ikhlas sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dalam hidupnya. Sememangnya beliau tahu kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT.
     Manusia seperti Profesor Hashim Yaacob yang memiliki sifat unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada empat perkara asas, iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syawat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.
     Akal fikiran yang diciptakan Allah AWT merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia. Ia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu dapat hidayah dan petunjuk Allah SWT menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.


Selasa, 9 September 2014

MIM OKU MALAYSIA MENYERTAI INTERNATTIONAL ACADEMIC CONFERENCE AND EXHIBITION ON ISLAMIC EDUCATION (ICIEd 2014)

Pada 31 Mei hingga 2 Jun 2014,  4th  Internattional Academic Conference And Exhibition On Islamic Education (ICIEd 2014) telah diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Seminar anjuran Association of Malaysia Muslim Intellectuals dengan kerjasama The Islamic Academy Cambridge United Kingdom, UIAM, UKM, UPSI dan UMK itu telah menghimpun  ahli-ahli akademik dalam dan luar negara. Mereka membentangkan kertas kerja dengan tajuk-tajuk yang releven dan sesuai kepada semua lapisan masyarakat negara ini dan juga masyarakat antarabangsa.

 Pada seminar antarabangsa tersebut, Dr. Mohd. Nawi Ismail, yang merupakan Presiden Majlis Intelektual Malayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia) turut membentangkan kertas kerja bertajuk: “Strategi Perpaduan Berpaksikan Pendidikan Semua Agama Kepada Penganutnya Secara Bersepadu: Usul Pendialog Perpaduan di Kelantan”. MIM OKU Malaysia sebagai sebuah pertubuhan NGO di negara ini sentiasa menjunjung tinggi ilmu dan pendidikan, kerana ia merupakan kunci kejayaan seseorang individu dan juga sesebuah masyarakat. Malah sentiasa menyokung penuh hasrat serta usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk terus memperkasakan sistem pendidikan negara, bagi melahirkan modal insan yang mampu memenuhi pasaran kerja pada masa akan datang.

GAMBAR-GAMBAR DISEKITAR SEMINAR

 Dr. Mohd. Nawi membentang kertas kerja seminar



 Peserta seminar sedang mengikuti syarahan

 Dr. Mohd. Nawi bersama graduan UM pada hari kedua seminar

 Dr. Mohd. Nawi pada sesi pendaftaran seminar


Ahad, 7 September 2014

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PRESIDEN MIM OKU MALAYSIA DI TURKI

Pada 10 April 2014, Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail telah berlepas dari KLIA ke Istambul Turki bagi menghadiri Persidangan Pendidikan Antarabangsa (9th International Academic Conference - IISES). Persidangan yang berlangsung selama 4 hari  dari 13 hingga 16 April 2014  itu adalah anjuran  University Selcuk Konya, bertempat di Hotel Novotel, Istambul Turki. Sepanjang persidangan tersebut sebanyak 200  kertas kerja telah dibentang oleh para profesor, cendekian dan ilmuan daripada universiti-universiti terkemuka  dunia seperti Turki, Pakistan, India, Seri Langka, Egypt, Arab Saudi, Libya, Abu Dhabi, Iran, Qatar, Albania, Taiwan, Canada, United Kingdom, USA, Koria, Bosnia, Tunisia, Algeria, Thailad, Singapura, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Dr. Mohd. Nawi  yang juga merupakan pensyarah kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut membentang kertas kerja yang bertajuk “Implementing Rabbani Concept In Education: Reality and Fantacy”.  Turut membentang kertas kerja bertajuk “Level of Phobia Toward Islam Among Non-Muslim Students of Higher Educational Institution in Malaysia”   pada persidangan tersubut, Puan Azizah Hussin yang merupakan pensyarah IPG dan pelajar PhD. di UMK. 

Realitinya selain masyarakat Malaysia, masyarakat dunia juga menanti-nanti untuk  berkongsi sama pandangan, idea dan pemikiran yang positif dan kritis para ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam kepelbagaian disiplin ilmu, termasuklah juga ilmuan OKU. Ternyata ilmu dan pendidikan akan mentransformasikan dunia kehidupan warga OKU ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Kos dan perbelanjaan Dr. Mohd. Nawi ke persidangan di Turki itu dibiayai melalui skim geran penyelidikan RAGS KPM/UMK.

GAMBAR-GAMBAR DI ISTAMBUL TURKI

Profesor Robert Holman, Director of IISES menyampaikan ucaptama.


Para peserta sedang mengikuti pembentangan kertas kerja persidangan


Dr.Mohd. Nawi bersama Puan Azizah membentang dua kertas kerja di Dewan Marmara di Novotel Hotel Istambul


Dr. Mohd. Nawi bersama Profesor Robert Holman

Dr. Mohd. Nawi pada sesi pendaftaran seminar

 Dr. Mohd. Nawi (pertama dari kiri) bersama En. Zamri (suami Azizah) tengah dan Azizah bergambar kenangan di hadapan pintu Masjid Biru Istambul Turki


Masjid Hagia Sophia kini menjadi muzium 



 Dr. Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Biru

Dr. Mohd. Nawi di dalam Masjid Biru

 Dr. Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Hagia Sophia


 Menikmati sarapan pagi di hotel penginapan

Pemandangan indah  Kota Istambul April 2014

Sabtu, 6 September 2014

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH  ALLAHYARHAM MAT DARUS SULAIMAN MANTAN PENGERUSI SBM KELANTAN


Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah diatas kembalinya kerahmatullah, Allahyarham Encik Mat Darus Sulaiman, mantan pengerusi SBM cawangan Kelantan pada 10 Disember 2013. Program tersebut telah diadakan di Masjid Ismaili Lot 321 Bukit Tanah Selising, Pasir Puteh Kelantan, pada 12 Disember 2013 iaitu hari Khamis malam Jumaat. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil arwah, solat isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan nasi.

Hampir 100 orang ahli MIM OKU Malaysia, ahli SBM cawangan Kelantan dan juga ahli jemaah Masjid Ismaili telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir, Penasihat Kehormat II MIM OKU Malaysia, YBhg. Tuan Haji Hashim Ismail, Presiden MIM OKU Malaysia, Dr.Mohd. Nawi Ismail danTimbalanPengerusi SBM Kelantan, YBhg. Cikgu Rosdi. Pada majlis tersebut juga Presiden MIM OKU Malaysia, Dr.Mohd.Nawi Ismail merakamkan ucapan takziah kepada semua warga dan kepimpinan SBM Kelantan di atas pemergian Allahyarham Encik Mat Darus yang merupakan seorang pemimpin yang telah banyak menabur jasa bakti kepada warga SBM Kelantan dan juga pusat.Beliau juga mendoakan agar SBM Kelantan terus maju menabur bakti kepada setiap ahli dan juga negara.

GAMBAR-GAMBAR  SEKITAR MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH

Presiden MIM OKU memimpin bacaan yasin dan tahlil

Timbalan Pengerusi SBM Kelantan turut sama pada majlis bacaan yasin dan tahlil


 Para hadirin muslimin dan muslimat sedang mengikuti bacaan yasin dan tahlil arwah


 Presiden MIM OKU Malaysia (pertama dari kanan) bergambar bersama Timbalan Pengerusi SBM Kelantan (dua dari kanan) setelah selesai majlis bacaan yasin dan tahlil arwah.