Sabtu, 6 September 2014

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH  ALLAHYARHAM MAT DARUS SULAIMAN MANTAN PENGERUSI SBM KELANTAN


Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah diatas kembalinya kerahmatullah, Allahyarham Encik Mat Darus Sulaiman, mantan pengerusi SBM cawangan Kelantan pada 10 Disember 2013. Program tersebut telah diadakan di Masjid Ismaili Lot 321 Bukit Tanah Selising, Pasir Puteh Kelantan, pada 12 Disember 2013 iaitu hari Khamis malam Jumaat. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil arwah, solat isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan nasi.

Hampir 100 orang ahli MIM OKU Malaysia, ahli SBM cawangan Kelantan dan juga ahli jemaah Masjid Ismaili telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir, Penasihat Kehormat II MIM OKU Malaysia, YBhg. Tuan Haji Hashim Ismail, Presiden MIM OKU Malaysia, Dr.Mohd. Nawi Ismail danTimbalanPengerusi SBM Kelantan, YBhg. Cikgu Rosdi. Pada majlis tersebut juga Presiden MIM OKU Malaysia, Dr.Mohd.Nawi Ismail merakamkan ucapan takziah kepada semua warga dan kepimpinan SBM Kelantan di atas pemergian Allahyarham Encik Mat Darus yang merupakan seorang pemimpin yang telah banyak menabur jasa bakti kepada warga SBM Kelantan dan juga pusat.Beliau juga mendoakan agar SBM Kelantan terus maju menabur bakti kepada setiap ahli dan juga negara.

GAMBAR-GAMBAR  SEKITAR MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH

Presiden MIM OKU memimpin bacaan yasin dan tahlil

Timbalan Pengerusi SBM Kelantan turut sama pada majlis bacaan yasin dan tahlil


 Para hadirin muslimin dan muslimat sedang mengikuti bacaan yasin dan tahlil arwah


 Presiden MIM OKU Malaysia (pertama dari kanan) bergambar bersama Timbalan Pengerusi SBM Kelantan (dua dari kanan) setelah selesai majlis bacaan yasin dan tahlil arwah.