Sabtu, 13 September 2014

MAJLIS PELANCARAN BUKU BIOGRAFI DATO’ PROF. DR. HASHIM  YAACOB OLEH AL SULTAN KELANTAN, KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

Pada 2 September 2013, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya Selangor, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkenan  melancarkan buku  Biografi Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob berjudul, Hashim Yaacob: Mestika Embun Insan Seribu Upaya.
Buku biografi itu ditulis 40 penulis yang terdiri daripada  rakan-rakan, ahli akademik serta bekas pelajar  Dato’ Hashim Yaacob. Antaranya, Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid, Datuk Prof. Dr. Mohd. Ariffin Mohamed, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar, Prof. Dr. Azizah Hamzah, Prof. Datuk Rahman Shaari dan Dr. Mohd. Nawi Ismail.
Wakil pengarang, Prof. Dr. Azizah mengakui tajuk buku tersebut begitu bersesuian dengan keperibadian Prof. Dr. Hashim sendiri.  “Tajuk Mestika Embun Insan Seribu Upaya”  amat bersesuian dengan Prof. Hashim yang merupakan seorang yang berbakat dan tokoh akademik yang berwibawa dan disegani. Sementara itu Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan ketika membaca Persembahan Bicara buku tersebut, beliau mencadangkan agar buku tersebut diterjemahkan kepada bahasa-bahasa dunia.
Sebelum ini, Prof. Hashim pernah menjawat jawatan Naib Canselor ke-8 Universiti Malaya. Anak kelahiran Kelantan ini kini menjawat jawatan Naib Canselor di Quest International Universiti Parak. Beliau juga merupakan Penasihat Kehormat I Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri Dr. Mohd. Nawi Ismail yang merupakan Presiden MIM OKU Malaysia.




(Artikel dibawah ini adalah sebahagian daripada isi kandungan buku Biografi Hashim Yaacob)

DATO’ PROFESOR DR HASHIM YAACOB ILMUAN ISLAM UNGGUL
OLEH DR MOHD NAWI ISMAIL


Amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjwab

Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan individu, kestabilan negara, kehormatan dan roh kepada keadilan. Manakala ikhlas pula adalah bukti keluhuran seseorang peribadi dalam dalam melaksanakan sesuatu tugas dan juga ibadah kepada Allah. Profesor Hashim merupakan seorang insan yang mempunyai sifat amanah dan juga ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan seperti tugas Naib Canselor Universiti Malaya dalam tempoh 2003 hingga 2006.

 Dr. Mohd Nawi bersembah salam dengan DYMM Al-Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Konferens Islam Hadari di Kota Bharu 2004.

Sentiasa bersyukur dan sabar
     Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta dama ada sedikit atau banyak kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT. Di dalam menghadapi cabaran hidup, Profesor Hashim sentiasa mengamalkan sifat ikhlas sabar dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dalam hidupnya. Sememangnya beliau tahu kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT.
     Manusia seperti Profesor Hashim Yaacob yang memiliki sifat unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada empat perkara asas, iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syawat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.
     Akal fikiran yang diciptakan Allah AWT merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia. Ia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu dapat hidayah dan petunjuk Allah SWT menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.