AKTIVITI MIM OKU MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2012

AKTIVITI MIM OKU MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2012

Mengedar borang permohonan keahlian bagi menjadi ahli pertubuhan MIM OKU Malaysia kepada warga OKU di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Menghantar 5 orang wakil pertubuhan MIM OKU Malaysia ke Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan, bertempat di Tok Aman Beach Resort, Tok Bali, Semerak Pasir Puteh Kelantan pada 5.2.2012.

Mengadakan Mesyuarat  Pengurusan MIM OKU Malaysia sebanyak 5 kali bertempat di Hotel Sutera Inn Kota Bharu Kelantan  dan Dewan Sri Jati Kolej  Za’aba Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Mengadakan Seminar Intelektual Muslim Peringkat Kebangsaan, bertempat di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu Kelantan pada 17 Mac 2012. Kehadiran peserta seramai 80 orang.

 Mesyuarat Agung Tahunan MIM OKU Malaysia Kali Pertama,  pada hari Sabtu 17 Mac   2012, Masa 2.00-5.00pm, bertempat di Dewan Songket 1 Hotel Sutera Inn Kota Bharu Kelantan.

Manganjurkan Malam Amal MIM OKU Malaysia, pada 4 Mei 2012, bertempat di Juita Inn Hotel Kota Bharu Kelantan. Majlis yang bermula jama 9 malam itu dimulai dengan nyaian 3 buah lagu ketuhanan dan dan Gadis Melayu yang disampaikan Syed Mohd Sharifudin bin Syed  Ahmad (ahli MIM OKU) diikuti nyanyia lagu Seri Mersing oleh Puan Balqis Samsudin dan kemumcaknya persembahan Wayang Kulit bercirikan  Islam yang didalagi oleh Dato’ Pror. Dr. Hashim Yaacob, bekas Naib Canselor Universiti Malaya/Penasihat Kehormat I MIM OKU Malaysia. Kehadiran seramai 200 orang dari kalangan warga MIM OKU Malaysia dan orang ramai.

Program MIM OKU Malaysia Bersama Komuniti Masyarakat ‘Majlis Menghayati Peristiwa Isra’ Mikraj dan Ambang Ramadhan’, pada 2 Julai 2012/12 Sya’ban 1433 H (Isnin), jam 6.30-10.30pm, bertempat di Masjid Kg. Bukit Tanah Selising, Pasir Puteh Kelantan, kehadiran seramai 150 orang.

Membantu mendaftarkan ahli-ahli MIM OKU Malaysia dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri-negeri untuk mendapatkan kad rasmi OKU.

Majlis Perjumpaan Mesra dan Dialog Pengurusan MIM OKU Malaysia bersama ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM)) pada 29 Disember  2012, bertempat di Dewan Sri Jati, Kolej Za’aba, Universiti Malaya Kuala Lumpur.