Ahad, 7 September 2014

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PRESIDEN MIM OKU MALAYSIA DI TURKI

Pada 10 April 2014, Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail telah berlepas dari KLIA ke Istambul Turki bagi menghadiri Persidangan Pendidikan Antarabangsa (9th International Academic Conference - IISES). Persidangan yang berlangsung selama 4 hari  dari 13 hingga 16 April 2014  itu adalah anjuran  University Selcuk Konya, bertempat di Hotel Novotel, Istambul Turki. Sepanjang persidangan tersebut sebanyak 200  kertas kerja telah dibentang oleh para profesor, cendekian dan ilmuan daripada universiti-universiti terkemuka  dunia seperti Turki, Pakistan, India, Seri Langka, Egypt, Arab Saudi, Libya, Abu Dhabi, Iran, Qatar, Albania, Taiwan, Canada, United Kingdom, USA, Koria, Bosnia, Tunisia, Algeria, Thailad, Singapura, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Dr. Mohd. Nawi  yang juga merupakan pensyarah kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut membentang kertas kerja yang bertajuk “Implementing Rabbani Concept In Education: Reality and Fantacy”.  Turut membentang kertas kerja bertajuk “Level of Phobia Toward Islam Among Non-Muslim Students of Higher Educational Institution in Malaysia”   pada persidangan tersubut, Puan Azizah Hussin yang merupakan pensyarah IPG dan pelajar PhD. di UMK. 

Realitinya selain masyarakat Malaysia, masyarakat dunia juga menanti-nanti untuk  berkongsi sama pandangan, idea dan pemikiran yang positif dan kritis para ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam kepelbagaian disiplin ilmu, termasuklah juga ilmuan OKU. Ternyata ilmu dan pendidikan akan mentransformasikan dunia kehidupan warga OKU ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Kos dan perbelanjaan Dr. Mohd. Nawi ke persidangan di Turki itu dibiayai melalui skim geran penyelidikan RAGS KPM/UMK.

GAMBAR-GAMBAR DI ISTAMBUL TURKI

Profesor Robert Holman, Director of IISES menyampaikan ucaptama.


Para peserta sedang mengikuti pembentangan kertas kerja persidangan


Dr.Mohd. Nawi bersama Puan Azizah membentang dua kertas kerja di Dewan Marmara di Novotel Hotel Istambul


Dr. Mohd. Nawi bersama Profesor Robert Holman

Dr. Mohd. Nawi pada sesi pendaftaran seminar

 Dr. Mohd. Nawi (pertama dari kiri) bersama En. Zamri (suami Azizah) tengah dan Azizah bergambar kenangan di hadapan pintu Masjid Biru Istambul Turki


Masjid Hagia Sophia kini menjadi muzium 



 Dr. Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Biru

Dr. Mohd. Nawi di dalam Masjid Biru

 Dr. Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Hagia Sophia


 Menikmati sarapan pagi di hotel penginapan

Pemandangan indah  Kota Istambul April 2014