Isnin, 26 Ogos 2013

KUNJUNGAN MESRA DAN DIALOG MIM OKU MALAYSIA BERSAMA PKOKM

Pada 15 Jun 2013 (Sabtu), seramai 6 orang barisan kepimpinan dan ahli Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia) telah mengadakan lawatan kunjungan ke pejabat  Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) yang terletak di No. 29A, Tingkat 1, Jalan Sarikei Off Jalan Pahang Kuala Lumpur. Kunjungan tersebut  bagi mengadakan pertemuan mesra dan sesi dialog bersama barisan kepimpinan PKOKM. Delegasi MIM OKU Malaysia diserta oleh Dr. Mohd. Nawi Ismail selaku presiden, En. Mohd. Zamri  bendahari, Encik Mohd. Anas exco penerangan dan dakwah, Encik Drawi pemeriksa kira-kira I dan beberapa ahli turut sama. Rombongan telah disambut oleh kepimpinan  PKOKM yang diketuai Encik Jasmi Shafie selaku presiden dan beberapa exconya termasuklah setiausahan agung, Cik Siti Hajar bt. Tumin.

Tujuan lawatan ini adalah sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara MIM OKU Malaysia dan PKOKM sebagai dua buah pertubuhan NGO yang masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan yang sama dalam usaha membantu membangunkan modal insan OKU diperingkat negeri dan juga negara.  Jika dilihat kepada asas dan tujuan MIM OKU Malaysia secara nyata memberi kometmen untuk turut membantu golongan OKU di negara ini dengan sentiasa berusaha menggabungkan komuniti Profesional OKU Melayu/Bumiputera Islam daripada pelbagai disiplin dan bidang kerjaya bersama-sama dalam membangunkan negara dan menangani cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara. Membudayakan gerak kerja terbaik berbentuk profesional, kemasyarakatan dan petriotik berdasarkan lunas-lunas Islam dengan menyediakan khidmat yang sesuai kepada institusi-institusi dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti. MIM OKU Malaysia juga sentiasa beriltizam untuk membantu kebajikan ahli-ahli dan warga OKU, terutama dalam mempertingkatkan bidang pendidikan serta secara agresif akan bertindak sebagai salah sebuah katalis komuniti OKU yang berdaya maju. Begitu juga PKOKM yang hingga kini mempunyai keahlian mencecah 1000 orang dari seluruh negara sememangnya mempunyai misi dan visi yang jelas dalam membangunkan golongan OKU berkategori kerdil, iaitu dengan menganjurkan program-program pembangunan, latihan kemahiran dan keusahawanan bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi di kalangan masyarakat kerdil supaya dapat bersaing dalam apa juga bidang di ceburi.


 Majlis kunjungan mesra dan dialog yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari itu dimulakan dengan sesi ucapan dan taklimat oleh Pressiden PKOKM, Encik Jasmi Shafie dan diikuti ucapan balas oleh Dr. Mohd. Nawi Ismail selaku Presiden MIM OKU Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi dialog antara ahli rombongan MIM OKU Malaysia bersama saf kepimpinan PKOKM.
 
Menerusi sesi dialog yang diadakan beberapa permasaalahan yang dihadapi oleh warga OKU di negara ini telah dapat dikenalpasti bersama khususnya yang berkaitan pendidikan, peluang-peluang pekerjaan dalam usaha mempertingkatkan ekonomi keluarga OKU, bentuk-bentuk bantuan yang telah disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga pihak swasta untuk golongan OKU yang semestinya dapat dimanfaatkan oleh golongan istimewa tersebut. Sepanjang dialog tersebut Presiden PKOKM turut menjelas berdasarkan statistik yang ada terdapat lebih 2000 orang OKU kerdil di negara ini. Tetapi hingga Jun 2013 golongan istimewa tersebut yang berdaftar sebagai ahli PKOKM belum pun sampai 1000 orang. Ini bermakna lebih 50% jumlah golongan kerdil yang masih berlum berdaftar dengan pertubuhan itu. Menurutnya lagi, ini bermakna sikap lepas pandang serta perasaan rendah diri ahli keluarga yang mempunyai anggota keluarga ‘kerdil’ turut menyumbang kepada keciciran mendaftarkan ‘insan istimewa’ itu sebagai ahli PKOKM yang sentiasa berusaha untuk membela golongan tersebut. Hasil daripada diolog tersebut MIM OKU Malaysia dan PKOKM bersetuju untuk menjalinkan kerejasama dengan mengadakan program dan aktiviti-aktiviti bersama yang berbentuk pembangunan modal insan OKU sama ada di peringkat negeri-negeri atau pun diperingkat nasional pada masa akan datang.  Majlis diakhiri dengan  sesi penyampaian cenderahati kepada kedua-dua presiden dan bergambar bersama antara ahli rombongan MIM OKU Malaysia dan pimpinan PKOKM.

Presiden PKOKM, En. Jasmi Shafie menyampaikan ucapan 
                     


Rombongan MIM OKU Malaysia mendengar ucapan Presiden PKOKM







Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail menyampaikan ucapan






Rombongan MIM OKU Malaysia dan kepimpinan PKOKM pada sesi dialog


Presiden PKOKM menyampaikan cenderahati kenangan kepada Presiden MIM OKU Malaysia

Presiden MIM OKU Malaysia turut menyampaikan cenderahati kepada Presiden PKOKM




Presiden MIM OKU Malaysia (dua dari kanan) bergambar bersama Presiden PKOKM (tiga dari kanan)  dan peserta  majlis kunjungan mesra dan dialog di pejabat PKOKM


Disediakan: Unit Multimedia MIM OKU Malaysia