Selasa, 27 Ogos 2013

KEMBARA OKU KE PUNCAK JABAL NUR DAN GUA HIRA’

Jabal Nur terletak 8 km sebelah barat Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah. Jabal Nur mempunyai ketinggian kira-kira 2500 kaki. Dinamakan Jabal Nur (dalam bahasa Arab) yang memberi erti Bukit  Cahaya, karana di bukit ini terdapat Gua Hira’, tempat Nabi Muhammad s.a.w. menyendiri beribadah sehingga terpancar nur atau cahaya nubuwwah. Di bukit inilah Rasulallah s. a. w. menerima wahyu pertama: ‘Iqra’ (Bacalah).
Sejarah Islam mencatatkan secara jelas di Gua Hira’ wahyu pertama diturunkan ke atas Nabi Muhammad s. a. w. Diriwayatkan, baginda mendaki ke Jabal Nur dan menyepi diri di Gua Hira' bagi mencari keagungan dan kebesaran Allah Maha Pencipta. Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur. Ini bermakna Rasulullah mendaki secara sendirian kira-kira lebih 1434 tahun yang lalu sebelum sampai ke Gua Hira'. Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang bersifat tenang, banyak berfikir dan tadabbur. Baginda  kerap memencilkan diri di Gua Hira' yang terletak di puncak Jabal Nur di Mekah untuk bertafakkur dan bertadabbur tentang keagungaNya, yang akhirnya nur Islam berjaya disebarkan keseluruh alam demi kesejahtera umat Baginda di dunia dan akhirat.
Pada hari Sabtu 25 Ramadham 1434 bersamaan 3 Ogos 2013 pendakian ke puncak Jabal Nur telah dilakukan oleh Dr. Mohd. Nawi Ismail, Presiden Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia). Pendakian Jabal Nur ini merupakan kali ke 4 bagi Mohd. Nawi, dimana pendakian kali pertama pada Ramadhan 1993, kali kedua  Disember 1996 dan diikuti pendakian kali ketiga pada Ramadhan 1433/2012.
Kembara OKU ke puncak Jabal Nur dan Gua Hira’ kali ini bermula pada jam 6.30 pagi waktu Saudi. Pendakian Mohd. Nawi yang bermula dari kaki Gunung Jabal Nur ini disertai sama oleh Penasihat Kehormat II dan Exco Latihan & Keahlian MIM OKU Malaysia. Pada kebiasaannya setiap pendakian bagi orang normal mengambil masa kira-kira 50 minit untuk sampai ke puncak Jabal Nur setalah memulakan pendakian yang bermula dari kaki Gunung tersebut. Tetapi oleh kerana kecacatan fizikal, Mohd. Nawi mengambil masa pendakian selama 1 jam 20 minit untuk sampai ke puncak Jabal Nur dan seterusnya memasuki Gua Hira’.  
Menurut Dr. Mohd. Nawi, ‘ketika sedang dalam perjalanan pendakian ke puncak  Jabal Nur, kelihatan juga pendaki-pendaki dari negara Arab, Afrika, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa pendaki dari negara dunia lain sedang menuju ke destinasi yang sama. Lebih indah lagi ketika saya meneruskan pendakian bagitu juga semasa sedang menuruni dari puncak Jabal Nur, saya telah disapa oleh para pendaki tersebut dengan kata-kata ‘Malaysia Boleh’.  Boleh jadi mereka ucapkan pada saya dengan ungkapan ‘Malaysia Boleh’ kerana pendakian saya adalah bertumpang pada tongkat dan tidak seperti insan normal yang lain. Saya ucapkan terima kasih dan cuba berinteraksa dengan pendaki-pendaki tersebut dalam bahasa Malaysia, tapi ternyata mereka tidak memahaminya. Oleh itu saya berkomunikasi dengan nereka dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Antaranya saya bertanya kepada mereka, ‘kenapa anda boleh ucapkan pada saya ‘Malaysia Boleh’, sedangkan anda tidak memahami bahasa Malaysia.  Mereka nyatakan pada saya bahawa  sememangnya nama Malaysia cukup dikenali diseluruh dunia terutamanya di kalangan negara-negara Islam. Kata mereka, Malaysia terkenal sebagai negara Islam yang membangun dan maju, para pemimpinnya berfikiran tinggi serta berwawasan sejak dahulu hinggalah ke hari ini, Islam telah dilaksanakan secara menyeluruh dan sederhana di Malaysia.  Walaupun penduduknya berbilang agama dan berbagai bangsa namun keamanan serta kesejahteraan dapat dikekalkan hingga kehari ini di Malaysia. Kata mereka lagi, umat Islam di seluruh dunia turut berbangga dengan suasana aman di negara ini, malah Malaysia juga terkenal dengan negara Islam yang sering membantu umat Islam dan negara-negara Islam lain. Kata mereka, ungkapan ‘Malaysia Boleh’ yang dipopularkan oleh kerajaan Malaysia mudah diingat dan disebut oleh mereka.  Mendengar kata-kata para pendaki Jabal Nur yang menyapa saya sepanjang pendakian itu, benar-benar jiwa saya tersentuh dengan perasaan bangga dan besyukur sebagai rakyat Malaysia, yang mana namanya cukup harum dan dihormati diperingkat dunia’.

Setelah sempai ke puncak Jabal Nur, Dr. Mohd. Nawi  berada di sana selam hampir 2 jam dan turut memasuki Gua Hira’ sebelum bertolak turun dari puncak tersebut. Kembara OKU ke puncak Jabal Nur dan Gua Hira’ ini mengambil  masa selama 4 jam yang berakhir pada jam 10.30 pagi. Pendakian Jabal Nur pastinya menjadi pengalaman paling manis dan kekal dalam lipatan sejarah hidup Dr. Mohd. Nawi dan pendaki-pendaki lain. Ia juga sebagai bukti golongan OKU tidak terhalang untuk sampai ke puncak jaya dengan izin Allah s. w. t

GAMBAR-GAMBAR PENDAKIAN JABAL NUR



 Mohd. Nawi berada di dalam Gua Hira’

 Mohd. Nawi berada di pintu Gua Hira’
 Mohd. Nawi baring rehatkan badan di puncak Jabal Nur sebelum memasuki Gua Hira’
 Di hadapan kedai jualan cincin, permata dan air minuman di puncak Jabal Nur
 Mohd. Nawi bersama pendaki Arab setelah sampai di puncak Jabal Nur
(mereka yang pernah sampai ke sini pasti dapat mengingatinya kembali)

 Perjalanan menghampiri puncak Jabal Nur


 Pendakian Mohd. Nawi menghampiri puncak Jabal Nur
 Mohd. Nawi berhenti penat semasa pendakian

 Mohd. Nawi meneruskan pendakian
 Mohd. Nawi memulakan pendakian ke puncak Jabal Nur

 Mohd. Nawi di kebun tamar berhampiran Masjid Ja’aranah Mekah
Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Nabawi Madinah 


Disediakan: Unit Multimedia MIM OKU Malaysia