Jumaat, 7 Jun 2013

KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2013


Pada 26 Feb. 2013 (Selasa), MIM OKU Malaysia bersama warga pendidik, ibu bapa dan juga pelajar-pelajar istimewa turut menjayakan Karnival Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kelantan  2013. Karnival sehari yang bertempat di SMK Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas, dianjurkan oleh SMK Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan telah diisi dengan slot seminar pencegahan LGBT di kalangan pelajar istimewa, ceramah motivasi dan pameran hasil  kerja pelajar istimewa seluruh negeri Kelantan. Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail turut dijemput menyampaikan ceramah motivasi kepada guru-guru pendidikan khas, ibu bapa dan pelajar-pelajar istimewa. Ini merupakan sumbangan MIM OKU kepada komuniti masyarakat dan institusi dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan modal insan di kalangan pelajar istimewa. Karnival disertai oleh 28 buah SK dan SMK Integrasi dari seluruh negeri Kelantan dengan penyertaan lebih 300 pelajar istimewa dan ibu bapa. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Nasharudin bin Taib, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kelantan. 
  

Dr. Mohd Nawi Ismail, Presiden MIM OKU Malaysia yang juga Pensyarah Kanan UMK menyampaikan ceramah motivasi pada karnival pelajar pendidikan khas peringkat Negeri Kelantan, di SMK Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas, Kelantan



Guru, pelajar-pelajar istimewa dan ibu bapa, sedang mengikuti ceramah motivasi oleh  Presiden MIM OKU Malaysia pada karnival pelajar pendidikan khas peringkat Negeri Kelantan, bertempat di SMK Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas, Kelantan