PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PRESIDEN MIM OKU MALAYSIA DI TURKI
Pada 10 April 2014, Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail telah berlepas dari KLIA ke Istambul Turki bagi menghadiri Persidangan Pendidikan Antarabangsa (9th International Academic Conference - IISES). Persidangan yang berlangsung selama 4 hari dari 13 hingga 16 April 2014 itu adalah anjuran University Selcuk Konya, bertempat di Hotel Novotel, Istambul Turki. Sepanjang persidangan tersebut sebanyak 200 kertas kerja telah dibentang oleh para profesor, cendekian dan ilmuan daripada universiti-universiti terkemuka dunia seperti Turki, Pakistan, India, Seri Langka, Egypt, Arab Saudi, Libya, Abu Dhabi, Iran, Qatar, Albania, Taiwan, Canada, United Kingdom, USA, Koria, Bosnia, Tunisia, Algeria, Thailad, Singapura, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Dr. Mohd. Nawi yang juga merupakan pensyarah kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut membentang kertas kerja yang bertajuk “Implementing Rabbani Concept In Education: Reality and Fantacy”. Turut membentang kertas kerja bertajuk “Level of Phobia Toward Islam Among Non-Muslim Students of Higher Educational Institution in Malaysia” pada persidangan tersubut, Puan Azizah Hussin yang merupakan pensyarah IPG dan pelajar PhD. di UMK.

Realitinya
selain masyarakat Malaysia, masyarakat dunia juga menanti-nanti untuk berkongsi sama pandangan, idea dan pemikiran
yang positif dan kritis para ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam kepelbagaian
disiplin ilmu, termasuklah juga ilmuan OKU. Ternyata ilmu dan pendidikan akan
mentransformasikan dunia kehidupan warga OKU ke tahap yang lebih cemerlang dan
gemilang. Kos dan perbelanjaan Dr. Mohd. Nawi ke persidangan di Turki itu
dibiayai melalui skim geran penyelidikan RAGS KPM/UMK.
GAMBAR-GAMBAR DI ISTAMBUL TURKI
Profesor
Robert Holman, Director of IISES menyampaikan ucaptama.
Para peserta sedang mengikuti pembentangan kertas kerja persidangan
Dr.Mohd. Nawi bersama Puan Azizah membentang dua kertas kerja di Dewan Marmara di Novotel Hotel Istambul
Dr. Mohd. Nawi
bersama Profesor Robert Holman
Dr.
Mohd. Nawi pada sesi pendaftaran seminar
Masjid Hagia Sophia
kini menjadi muzium
Dr.
Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Biru
Dr.
Mohd. Nawi di dalam Masjid Biru
Dr.
Mohd. Nawi di perkarangan Masjid Hagia Sophia
Menikmati
sarapan pagi di hotel penginapan
Pemandangan
indah Kota Istambul April 2014