MAJLIS PELANCARAN BUKU BIOGRAFI DATO’ PROF. DR. HASHIM YAACOB OLEH AL SULTAN KELANTAN, KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V
Pada
2 September 2013, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya Selangor, Sultan
Kelantan, Sultan Muhammad V, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong,
berkenan melancarkan buku Biografi Dato’ Prof. Dr. Hashim Yaacob
berjudul, Hashim Yaacob: Mestika Embun Insan Seribu Upaya.
Buku
biografi itu ditulis 40 penulis yang terdiri daripada rakan-rakan, ahli akademik serta bekas
pelajar Dato’ Hashim Yaacob. Antaranya,
Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid, Datuk Prof. Dr. Mohd. Ariffin
Mohamed, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar, Prof. Dr. Azizah Hamzah, Prof.
Datuk Rahman Shaari dan Dr. Mohd. Nawi Ismail.
Wakil
pengarang, Prof. Dr. Azizah mengakui tajuk buku tersebut begitu bersesuian
dengan keperibadian Prof. Dr. Hashim sendiri. “Tajuk Mestika Embun Insan Seribu Upaya” amat bersesuian dengan Prof. Hashim yang
merupakan seorang yang berbakat dan tokoh akademik yang berwibawa dan disegani.
Sementara itu Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan ketika membaca Persembahan
Bicara buku tersebut, beliau mencadangkan agar buku tersebut diterjemahkan
kepada bahasa-bahasa dunia.
Sebelum
ini, Prof. Hashim pernah menjawat jawatan Naib Canselor ke-8 Universiti Malaya.
Anak kelahiran Kelantan ini kini menjawat jawatan Naib Canselor di Quest
International Universiti Parak. Beliau juga merupakan Penasihat Kehormat I
Majlis Intelektual Melayu Orang Kurang Upaya Malaysia. Majlis tersebut turut
dihadiri Dr. Mohd. Nawi Ismail yang merupakan Presiden MIM OKU Malaysia.
(Artikel dibawah ini adalah sebahagian daripada isi kandungan buku Biografi Hashim Yaacob)
DATO’
PROFESOR DR HASHIM YAACOB ILMUAN ISLAM UNGGUL
OLEH
DR MOHD NAWI ISMAIL
Amanah
dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjwab
Amanah adalah sifat mulia yang
mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan individu,
kestabilan negara, kehormatan dan roh kepada keadilan. Manakala ikhlas pula
adalah bukti keluhuran seseorang peribadi dalam dalam melaksanakan sesuatu
tugas dan juga ibadah kepada Allah. Profesor Hashim merupakan seorang insan
yang mempunyai sifat amanah dan juga ikhlas dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan seperti tugas Naib Canselor Universiti Malaya dalam tempoh 2003
hingga 2006.
Dr. Mohd Nawi bersembah salam dengan DYMM Al-Sultan Kelantan
Tuanku Ismail Petra di Konferens Islam Hadari di Kota Bharu 2004.
Sentiasa bersyukur
dan sabar
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua
keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang
diberikan oleh Pencipta dama ada sedikit atau banyak kedua; bersyukur sesama
makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT. Di dalam menghadapi cabaran
hidup, Profesor Hashim sentiasa mengamalkan sifat ikhlas sabar dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang mendatang dalam hidupnya. Sememangnya beliau tahu
kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki
Allah SWT.
Manusia seperti Profesor Hashim Yaacob yang memiliki
sifat unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan
sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan
jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri
daripada empat perkara asas, iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syawat akan
dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi
kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang
diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.
Akal fikiran yang diciptakan Allah AWT merupakan mahkota
berharga yang menampilkan imej manusia. Ia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir
membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh
menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu dapat hidayah
dan petunjuk Allah SWT menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap
kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.