Tujuan
lawatan ini adalah sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan antara MIM OKU
Malaysia dan PKOKM sebagai dua buah pertubuhan NGO yang masing-masing mempunyai
matlamat dan tujuan yang sama dalam usaha membantu membangunkan modal insan OKU
diperingkat negeri dan juga negara. Jika
dilihat kepada asas dan tujuan MIM OKU Malaysia secara nyata memberi kometmen
untuk turut membantu golongan OKU di negara ini dengan
sentiasa berusaha menggabungkan komuniti Profesional OKU Melayu/Bumiputera
Islam daripada pelbagai disiplin dan bidang kerjaya bersama-sama dalam
membangunkan negara dan menangani cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara. Membudayakan gerak kerja terbaik berbentuk profesional, kemasyarakatan dan
petriotik berdasarkan lunas-lunas Islam dengan menyediakan khidmat yang sesuai
kepada institusi-institusi dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti. MIM OKU Malaysia juga sentiasa beriltizam untuk membantu kebajikan
ahli-ahli dan warga OKU, terutama dalam mempertingkatkan bidang pendidikan
serta secara agresif akan bertindak sebagai salah sebuah katalis komuniti OKU
yang berdaya maju. Begitu juga PKOKM yang hingga kini mempunyai keahlian mencecah
1000 orang dari seluruh negara sememangnya mempunyai misi dan visi yang jelas
dalam membangunkan golongan OKU berkategori kerdil, iaitu dengan menganjurkan
program-program pembangunan, latihan kemahiran dan keusahawanan bertujuan untuk
meningkatkan lagi taraf ekonomi di kalangan masyarakat kerdil supaya dapat
bersaing dalam apa juga bidang di ceburi.
Majlis kunjungan
mesra dan dialog yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari itu
dimulakan
dengan sesi ucapan dan taklimat oleh Pressiden PKOKM, Encik Jasmi Shafie
dan
diikuti ucapan balas oleh Dr. Mohd. Nawi Ismail selaku Presiden MIM OKU
Malaysia. Kemudian majlis diteruskan dengan sesi dialog antara ahli rombongan
MIM OKU Malaysia bersama saf kepimpinan PKOKM.
Menerusi sesi dialog yang diadakan beberapa permasaalahan yang dihadapi oleh warga OKU di negara ini telah dapat dikenalpasti bersama khususnya yang berkaitan pendidikan, peluang-peluang pekerjaan dalam usaha mempertingkatkan ekonomi keluarga OKU, bentuk-bentuk bantuan yang telah disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga pihak swasta untuk golongan OKU yang semestinya dapat dimanfaatkan oleh golongan istimewa tersebut. Sepanjang dialog tersebut Presiden PKOKM turut menjelas berdasarkan statistik yang ada terdapat lebih 2000 orang OKU kerdil di negara ini. Tetapi hingga Jun 2013 golongan istimewa tersebut yang berdaftar sebagai ahli PKOKM belum pun sampai 1000 orang. Ini bermakna lebih 50% jumlah golongan kerdil yang masih berlum berdaftar dengan pertubuhan itu. Menurutnya lagi, ini bermakna sikap lepas pandang serta perasaan rendah diri ahli keluarga yang mempunyai anggota keluarga ‘kerdil’ turut menyumbang kepada keciciran mendaftarkan ‘insan istimewa’ itu sebagai ahli PKOKM yang sentiasa berusaha untuk membela golongan tersebut. Hasil daripada diolog tersebut MIM OKU Malaysia dan PKOKM bersetuju untuk menjalinkan kerejasama dengan mengadakan program dan aktiviti-aktiviti bersama yang berbentuk pembangunan modal insan OKU sama ada di peringkat negeri-negeri atau pun diperingkat nasional pada masa akan datang. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada kedua-dua presiden dan bergambar bersama antara ahli rombongan MIM OKU Malaysia dan pimpinan PKOKM.
Presiden PKOKM, En. Jasmi Shafie menyampaikan ucapan
Rombongan MIM OKU Malaysia mendengar ucapan Presiden PKOKM
Presiden MIM OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail menyampaikan ucapan
Presiden MIM OKU Malaysia (dua dari kanan) bergambar bersama Presiden PKOKM (tiga dari kanan) dan peserta majlis kunjungan mesra dan dialog di pejabat PKOKM