Rabu 3 Disember 2014, Majlis Intelektual Melayu Orang
Kurang Upaya Malaysia (MIM OKU Malaysia) telah menyertai Majlis Sambutan Hari
OKU Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 yang
diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban dan Dewan Majlis Perbandaran
Seremban, Negeri Sembilan.
Presiden MIM
OKU Malaysia, Dr. Mohd. Nawi Ismail bersama 20 orang ahli dari seluruh negara
telah turut sama menyertai majlis berprestij anjuran Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang merupakan majlis rasmi Kerajaan.
Majlis disempurnakan
oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Lebih 1,000
Orang Kelainan Upaya (OKU) yang datang dari seluruh Negara. Turut berangkat.
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Yang
turut hadir Menteri Besar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja
Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat,
Datuk Noraini Mohd. Hashim.
Pada
hari tersebut, sebelah paginya telah diadakan aktiviti sukan dan karnival
pameran hasil kerja tangan OKU serta demonstrasi kemahiran oleh OKU. Sebelah
petang pula diadakan pengurniaan beberapa anugerah kepada OKU, majikan prihatin
dan pihak berkuasa tempatan. Sambutan Hari OKU ini diadakan bertujuan untuk
menonjolkan kemampuan dan potensi OKU dan menjadi pemangkin serta faktor
perangsang kepada semua pihak, agar lebih prihatin dan peka kepada keperluan OKU.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, “Golongan OKU harus diberi ruang dan peluang yang menyeluruh, penyertaan penuh dalam membuat sesuatu keputusan serta menikmati
semua kemudahan yang disediakan sama seperti masyarakat lain. Komitmen ini
tidak pernah terhenti malah akan terus diberi keutamaan oleh Kementerian ini
dalam memperjuangkan isu-isu kebajikan yang menyeluruh tentang kepentingan OKU.
Malah tema yang dipilih, Pembangunan Lestari: Aksesibiliti Diutamakan merupakan
komitmen Kerajaan dalam usaha memenuhi keperluan OKU dari segi aksesibiliti
terhadap pendidikan, pemulihan, penjagaan, pengangkutan, keselamatan,
komunikasi, teknologi dan sebagainya. Dalam usaha Kerajaan memacu pembangunan
Negara seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan dalam memberi keutamaan
terhadap kepentingan OKU agar mereka turut menikmati pembangunan Negara tanpa
dipinggirkan”. (Petikan Kata-Kata Aluan Buku Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan Tahun 2014).
Kemuncak majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian Anugerah PDK
Cemerlang, Anugerah Khas OKU kategori sukan, usahawan dan akademik, kategori Majikan Prihatin serta PBT Prihatin.
Dr. Mohd. Nawi Ismail berkata, kerajaan sememangnya begitu prihatin terhadap golongan OKU di negara ini, serta berterima
kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kerana
pada 3 Disember setiap tahun telah diadakan sambutan Hari OKU Peringkat
Kebangsaan yang menjadi upecara rasmi Negara. Ini merupakan satu penghargaan
yang besar kepada golongan OKU di negara ini yang terdiri daripada kepelbagaian
etnik dan agama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima
Anugerah Khas Orang Kurang Upaya bagi kategori sukan, Mohammad Azlan Mat Lazin,
kategori usahawan, Mohd. Shukur Ibrahim dan kategori pendidikan, Dr. Naziaty
Mohd. Yaacob.
Dr. Mohd Nawi Menjunjung kasih DYMM Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena keberangkatan Baginda ke Karnival Hari OKU
2014
Para peserta Hari OKU
2014 sedang melakukan Senam Robik
Kumpulan Tarian OKU kategori bisu mempersembahkan tarian pada
Hari OKU 2014
Peserta OKU menyampaikan
lagu-lagu nyanyian dalam pertandingan Karaoke Hari OKU 2014
Kanak-kanak OKU dan
normal pada pertandinga mewarna Hari OKU 2014
Orang-orang kenamaan
serta peserta OKU yang turut hadir pada majlis Sambutan Hari OKU 2014
Penerima-penerima
Anugerah Khas Orang Kurang Upaya (dari kiri), kategori sukan, Mohammad Azlan
Mat Lazin, kategori usahawan, Mohd. Shukur Ibrahim dan kategori pendidikan, Dr.
Naziaty Mohd. Yaacob bersama piala yang mereka menangi sempena Majlis Sambutan
Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2014.